Penerbitan Bravo 5

Tugu Negara merupakan antara lokasi pengambaraan bagi filem ini,

Filem ini mendapat sokongan dari Kementerian Pertahanan Malaysia dan Tentera Darat Malaysia.Majlis pra-pelancaran filem ini telah dilakukan pada 9 April 2012. Filem ini telah bertukar pengarah sebanyak tiga kali iaitu Fauzi Nawawi[8], Arab Khalid dan akhirnya Yeop Hitler.[9] Lima pelakon utama telah menjalani latihan intensif asas komando selama dua minggu di Kem Sungai Udang, Melaka.[10] 12 orang pelakon lagak ngeri telah dibawa dari Singapura dan China untuk pengembaraan.Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi menggunakan khidmat 120 anggota tentera ATM.Penulis skrip, Mejar Zainal Hayat telah merombak skrip sebanyak 26 kali bagi mendapatkan kualiti dan keaslian cerita yang ingin disampaikan. “Saya mengambil masa agak lama untuk menyiapkan skrip ini. Draf pertama saja mengambil masa tiga minggu untuk disiapkan iaitu sejak Jun 2007." [11]Filem ini menjalani pengambaraan di Tugu Negara, Kuala Lumpur, Melaka, Perak dan Johor.[12]Filem ini pada asalnya akan ditayangkan pada tahun 2013 sebelum ditarik ke tahun 2014.[13] Filem ini akhirnya ditayangkan pada tahun 2015.

Rujukan

WikiPedia: Bravo 5 http://kfzoom.blogspot.com/2012/12/filem-melayu-te... http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... Http://kakimuvee.com/2015/10/bravo-5-review/ http://myrujukan.com/bravo-5-review-filem-perang-m... http://nurizspace.com/2012/04/remy-ishak-jadi-koma... http://www.themalaymailonline.com/opinion/aidil-ru... http://www2.bharian.com.my/articles/BravoLimabukan... http://www2.bharian.com.my/articles/Dengarnya_File... http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread... http://www2.hmetro.com.my/articles/Jalanilatihante...